Recuerdos de la Alhambra
Recuerdos de la Alhambra

Recuerdos de la Alhambra

Recuerdos de la Alhambra ("Kenangan Alhambra") ialah sebuah gubahan gitar klasik yang dikaryakan Francisco Tarrega, [1] seorang penggubah dan pemain gitar Sepanyol pada tahun 1896. Karya ini digubah di Granada, Sepanyol.Tarrega seorang pemain gitar virtuoso dan dikenali sebagai "Sarasate" gitar. Repertoir Tarrega termasuk banyak gubahan gitar asli seperti Capricho Arabe, Danza Mora, dan lain-lain. Tarrega juga membuat gubahan bagi alat lain yang ditulis penggubah seperti Ludwig van Beethoven, Frederic Chopin dan Felix Mendelssohn. Seperti rakannya Isaac Albeniz dan ramai rakan semasanya, Tarrega berminat menggabung arah aliran atau trend Romantis dalam muzik klasik dengan unsur-unsur muzik tradisional Sepanyol. Ini beliau lakukan dengan Recuerdos de la Alhambra dan transkripsi gitarnya bagi beberapa gubahan piano Albeniz, seperti Asturias (Leyenda) yang tersohor.[2]Recuerdos de la Alhambra mengandungi banyak contoh permainan tremolo. Ia berkongsi tajuk dengan terjemahan buku penulisan Washington Irving pada tahun 1832, Kisah Alhambra, yang dihasilkan semasa Irving tinggal di Sepanyol.